Masjid2U

Latar Belakang

Masjid Mukim Lalang adalah sebuah masjid bagi Mukim Lalang, yang terletak di Kampung Kubang Dapat,Pasir Mas, Kelantan.

Masjid Mukim Lalang merupakan nadi utama perkembangan ilmu bagi anak-anak mukim yang terdiri daripada beberapa buah kampung seperti Kampung Kubang Dapat, Kampung Bayu Lalang, Kampung Lalang, Kampung Seri Bayu, Kampung Che Mat Ali, Kampung Serdang dan Kampung Kubang Keroh.

Masjid mukim Lalang telah didirikan seawal tahun 1940 an diatas tapak yang telah diwakafkan oleh seorang anak mukim. Semoga Roh beliau dan ahli keluarga di Rahmati oleh Allah SWT dan sentiasa dianugerahkan pahala yang berpanjangan diatas jasa beliau.

Pada saat ini Masjid Mukim Lalang, dapat menampung maksimum 300 orang makmum dengan kemudahan ruang solat, tempat mengambil wudhu, satu bilik stor and juga ruang parkir untuk 5 buah kereta.

Kini setelah lebih dari 40 tahun setelah proses pembesaran terakhir iaitu pada tahun 1980an, anak mukim dan juga Ahli Jawatankuasa Masjid yang dilantik telah meggerakkan satu usaha untuk menaik taraf Masjid yang sedia ada dengan cadangan pembinaan bangunan baharu diatas tapak yang sama sejajar dengan keadaan masjid yang semakin uzur dan kekurangan fasiliti untuk menampung pertambahan anak mukim.

Usaha anak mukim dan juga Ahli Jawatankuasa merupakan satu usaha murni demi keselesaan bersama dalam menjalankan ibadah serta dan meingimarah Masjid Mukim Lalang untuk masa yang akan datang.

Jawatan Nama No. Telefon
Bendahari
Cikgu Azhar Ibrahim
+6010-4406678
Imam 1
Ustaz Zamri Zahari
+6019-9674972
Imam 2
Ustaz Nasrullah Mustaffa
+6013-7489750