Tabung ini diwujudkan khas untuk pembinaan masjid baharu diatas tapak masjid lama bagi masjid mukim lalang. Keadaan masjid sekarang yang berumur lebih dari 40 tahun selepas dari pembesaran yang terakhir pada tahun 1980an.
Untuk pembinaan masjid baru ini yang akan didirikan di tapak asal yang mana bangunan masjid lama akan dirobohkan dan bangunan baharu akan dibina bagi menampung jumlah jemaah dan anak mukim yang semakin meningkat.
Pembinaan masjid baharu bangunan dua tingkat diatas tapak yang sama dengan anggaran keluasan 4000 kaki persegi untuk yang merangkumi dewan solat utama, dewan solat tingkat dua dan juga kemudahan kemudahan lain seperti ruangan tempat wudhu, tandas bagi lelaki dan wanita serta bilik pengurusan jenazah dan stor.